Kenangan Anak2 Sendeng

Ahad, 27 Disember 2009

Program Lawatan Dan Riadah 2009


Assalamualaikum....
Pada tahun 2009 ini, pihak pengurusan gelanggang sendeng Bukit Kangkar telah menganjurkan Program Lawatan Dan Riadah kepada semua ahli - ahlinya. Tahun ini merupakan tahun yang ke 6 pihak pengurusan gelanggang menganjurkan program seumpama ini dan tahun ini yang istimewa kerana pihak pengurusan menganjurkan 2 Program Lawatan Dan Riadah untuk ahli - ahlinya. Program Lawatan Dan Riadah ini dianjurkan adalah bertujuan untuk menghargai segala sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli sepanjang tahun 2009. Selain itu juga, Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama ahli dan menarik minat lebih ramai lagi ahli - ahli baru. Berikut merupakan lokasi - lokasi Program yang telah dianjurkan :

1. 2004 - Pantai Pengkalan Balak, Melaka
2. 2005 - Pulau Pangkor, Perak
3. 2006 - Gunung Lambak, Kluang Johor
4. 2007 - Port Dickson, Melaka & Putrajaya
5. 2008 - Negeri Melaka
6. 2009 - Melaka & Pulau Pangkor, Perak
7. 2010 - ?????? (dlm perancangan)

Diharap dengan adanya Program Riadah seperti ini, semua ahli - ahli akan lebih bersemangat untuk sama - sama menjayakan segala Program yang akan dirancang untuk tahun 2010..!!!

Sebahagian dari gambar - gambar yang telah diambil sepanjang Program Lawatan Dan Riadah bagi Tahun 2009....Kalo nk tengok gambar - gambar yang len boleh tgk kat MySpace (insan_hina)







sekian, Terima Kasih.....
Semoga Berjumpa Lagi Tahun Hadapan....












Selasa, 24 November 2009

Salam Aidiladha....

Assalamualaikum....ALLAHHUAKBAR 3X

Bila unta dah x selera makan,
Kambing mula resah,
Lembu pura2 buat gila,
Ayam je nampak cool,
Itu tandanya Raya Korban dah dekat....

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha...

Ikhlas Dari,
insan_hina

Khamis, 22 Oktober 2009

Semoga Berjaya utk PMR 09 & SPM 09...!!!!

Assalamualaikum......

Pertubuhan Seni Silat Sendeng Johor Gelanggang Bukit Kangkar ingin mengucapkan Semoga Berjaya kepada semua anak2 sendeng di seluruh negara khususnya anak2 sendeng Bukit Kangkar dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2009. Kami sentiasa mendoakan kejayaan semua anak2 sendeng dalam Peperiksaan yg diambil. Semoga anak2 sendeng yg bakal menghadapi Peperiksaan tersebut dapat melakukan yg terbaik utk diri dan keluarga masing2. Besarlah harapan kami utk melihat anak2 sendeng semua berjaya dalam peperiksaan tersebut.
















ikhlas dari :
insan_hina

Selasa, 25 Ogos 2009

Salam Ramadhan 1430H/2009

Selamat Meyambut Ramadhan Al-Mubarak!

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.

Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.

Ikhlas Dari
"insan_hina"

Selasa, 18 Ogos 2009

Demonstrasi Silat "ARENA PENDEKAR" di UKM Bangi

Assalamualaikum....

Untuk makluman semua, pada 15 Ogos 2009 (Sabtu), Pertubuhan Seni Silat Sendeng Johor Gelanggang Bukit Kangkar telah diundang untuk sama2 menjayakan Program Demonstrasi Silat "ARENA PENDEKAR" yang telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi sempena Majlis Konvokesyen UKM kali ke 37...Terdapat juga beberapa perguruan seni bela diri yang terlibat seperti Silat Gayung, Silat Cekak Hanafi, Silambam. Program itu juga telah mendapat liputan secara langsung dari RTM di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia. Seramai 20 orang pesilat sendeng dari Gelanggang Bukit Kangkar telah dihantar untuk menyertai dan membuat persembahan di program tersebut. Diantara persembahan-persembahan yang ditunjukkan oleh pesilat-pesilat Sendeng Bukir Kangkar adalah lela sembah, pelebat, pecah, permainan senjata, tempur tangan kosong dan buang pukul.
Tahniah dan Syabas serta jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pesilat-pesilat Sendeng Bukit Kangkar kerana telah melakukan yang terbaik untuk dipersembahkan kepada orang ramai. Jutaan terima kasih juga kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia kerana sudi menjemput Silat Sendeng untuk bersama-sama menjayakan program tersebut.

kalau ada sumur di ladang,
bolehlah hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
bolehlah kita berjumpa lagi.

"SENDENG - PUSAKA WARISAN BANGSA DAN NEGARA"

Sabtu, 8 Ogos 2009

Video Aksi Pesilat Bukit Kangkar

Mohd Syah & Mohd Faizal

Syafiq Syahmi & Mohd Azizi

Mohd Hafizul & Mohd Fazly (chot)

Hisyamuddin & Mohd Amiruddin

Rasul Aswad & Mohd Amir

Mohd Hazwan & Mohd Hafizul

Mohd Harith & Mohd Syah

Jumaat, 31 Julai 2009

Gelanggang Bukit Kangkar

MUAR: Usaha memartabatkan silat, sebagai seni warisan bangsa terutama di kalangan generasi muda mesti dilakukan secara berterusan supaya budaya bangsa itu tidak pupus ditelan zaman. Langkah menubuhkan pasukan seni silat juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menghidupkan kembali kesenian dan kebudayaan rakyat zaman silam yang semakin dilupakan generasi masa kini. Justeru, penyertaan dalam pasukan seni silat tidak boleh dilihat bertujuan menunjukkan kekuatan atau berlagak hero jika terbabit dalam pergaduhan, sebaliknya untuk memartabatkan kembali seni warisan bangsa itu. Kampung Bukit Kangkar di sini, iaitu kampung kelahiran pengasas Seni Silat Sendeng Malaysia, Allahyarham Abdul Hamid Hamzah, kini menggiatkan usaha mengetengahkan seni warisan bangsa itu di kalangan penduduk setempat. Penolong jurulatih pasukan Seni Silat Sendeng, Bukit Kangkar, Sungai Mati, di sini, Rozaidi Othman, 22, berkata remaja yang berbakat dalam bidang kesenian dan kebudayaan seharusnya digalakkan menyertai pasukan seni dan budaya yang ditubuhkan dalam kawasan masing-masing, termasuk pasukan seni silat. Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat tidak tersalah anggap apabila ramai remaja sekitar kawasan perkampungan dan pekan di daerah ini yang menyertai pasukan seni silat di kawasan berkenaan. Katanya, pasukan Seni Silat Sendeng Bukit Kangkar, ditubuhkan empat tahun lalu dengan disertai 50 remaja lelaki dan perempuan berusia lapan tahun hingga 16 tahun. "Persatuan itu ditubuhkan bertujuan mengembangkan serta memperkasakan kesenian silat yang menjadi warisan bangsa Melayu zaman berzaman itu, supaya tidak pupus di telan zaman. "Penubuhannya dapat menanam semangat remaja supaya cinta dan tidak memperlekehkan kesenian Melayu, sekali gus mengangkat martabat bangsa dalam bidang seni silat di persada antarabangsa," katanya.. Rozaidi berkata, sejak ditubuhkan, pasukan itu sering menerima undangan untuk mengambil bahagian dalam acara persembahan, termasuk majlis sempena sambutan hari kebesaran seperti Hari Kemerdekaan di peringkat daerah. Katanya, pasukan itu yang menjalani latihan setiap Sabtu dan Ahad malam di gelanggang silat Kampung Bukit Kangkar, sejak kebelakangan ini menerima banyak undangan bagi menyerikan majlis perkahwinan, bukan saja di daerah ini dan Ledang serta sekitar Johor Bahru, malah hingga ke Selangor dan Melaka. Beliau berkata, kesenian silat sendeng terbahagi kepada beberapa jenis jurus silat, termasuk seni mempertahankan diri, silat sembah kepada pembesar, silat peradaban pengantin dan seni silat tarian. Katanya, ada antara anggotanya yang cekap bermain senjata dibenarkan menggunakan keris ketika mempersembahkan seni silat mempertahankan diri dengan iringan paluan gong dan gendang. Seorang peserta, Mohd Faizal Roslan, 19, berkata penyertaannya dalam pasukan Seni Silat Sendeng bukan bertujuan untuk bermegah dengan rakan lain, sebaliknya mahu terbabit dalam usaha meningkatkan martabat kesenian itu. "Ini kerana seni Silat Sendeng mempunyai beberapa jurus yang sesuai di pelajari remaja, terutama kesenian peradaban dan kesopanan ketika mempersembahkan silat. "Melalui kesenian ini, remaja dapat membentuk jati diri dan meningkatkan mutu disiplin terutama ketika menjayakan persembahan," katanya. Norfarahanis Saharia Ahmad Saleh, 13, berkata, penyertaannya dalam pasukan seni silat tidak mengganggu pelajaran sekolahnya kerana masa berlatih adalah pada malam hujung minggu dan beliau hanya menyertai persembahan pada musim cuti persekolahan. Rakannya, Norameera Nadjwa Mohd Razali, 13, berkata kesenian silat sendeng yang dipelajarinya boleh dijadikan sebagai `senjata' untuk mempertahankan diri terutama jika membabitkan kes ragut yang sering berlaku kepada wanita. ~Berita Harian

PENGERTIAN SENI SILAT SENDENG

Ungkapan Seni Silat Sendeng yang diabadikan oleh Allahyarham Guru Utama Tn Hj Abdul Hamid Bin Hj Hamzah pada perguruan ini, mengandungi erti dan falsafah tersendiri. Ditinjau pengertiannya sepintas lalu menurut urutan ungkapan tersebut ialah :

SENI - adalah kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun rapi ketika
menggayakan atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani.

SILAT - ialah ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan diri atau
menyerang sama ada bermain secara tangan kosong atau bersenjata.

SENDENG - merupakan adunan teknik pukulan dan taktik mengelak atau menyerang
berposisi mengiring.

Mendalami pengertian 'SENDENG' yang menjadi teras perguruan ini, ia mencakupi erti kata yang amat luas baik dari segi ilmiah, jasmaniah mahupun rohaniah. Dari segi ilmiah umpamanya 'SENDENG' terdiri dari sukukata dua perkataan yang dicantumkan iaitu 'SEN' dan 'DENG'.

SEN - singkatan daripada perkataan 'senggam' bermaksud kedudukan yang kukuh,
kuat dan rapi.

DENG - berasal dari perkataan 'dinding' iaitu tempat bertahan, tembok atau
tempat perlindungan.

Kesimpulannya jika dirangkumkan kembali kedua - dua sukukata tadi, ia bererti kedudukan atau tempat perlindungan yang kukuh dan selamat.

Dari sudut jasmani pula, kedudukan secara menyendeng ketika menunggu serangan, dapat menyelamatkan tujuh bahagian anggota badan yang berbahaya (muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk, perut dan kemaluan). Dimana setiap bahagian sasaran utama yang menguntungkan pihak lawan telah terkawal rapi. Dengan cara ini juga akan memudahkan si pesilat untuk mengorak langkah sama ada untuk maju ke hadapan, mengundur dan membuat buangan atau menepis.

Manakala dari segi rohaniah pula, kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman 'permainan jauh' dan seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana tempat yang hendak ditujui terlah terselindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi kerana digalang oleh rahsia 'Lam Alif' yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan mengiring. Lagipun, turun naik nafas yang menjadi panduan utama keberkesanan 'permainan jauh' itu sukar dikesan.

Oleh yang demikian itu kedudukan 'SENDENG' merupakan salah satu cara untuk melepaskan, mematikan, membuka, dan menepis sebarang bentuk musibah yang bakal menghampiri kerana falsafah sendeng ada menyatakan 'CAPAI SEBELUM SAMPAI DAN BUNUH SEBELUM HIDUP'.

Rabu, 29 Julai 2009

Kejohanan Rakan Wajadiri Negeri Johor 2008 di Dataran Ledang

Wakil Daerah Ledang - Tempat Ke 3

SENDENG SENI SILAT RASMI NEGERI JOHOR

Sendeng seni silat rasmi Johor
LEDANG 13 Julai - Seni silat sendeng yang mula diasaskan 54 tahun lalu di Bukit Kangkar, di sini kini diangkat sebagai seni silat rasmi Johor dan ia akan dikembangkan sebagai identiti negeri ini.Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, usaha untuk memperluaskan seni silat berkenaan akan dijalankan Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan ia akan meliputi pelbagai strategi termasuk memperkenalkannya di semua mukim di negeri ini.Menurutnya, sasaran utamanya dalam pengembangan seni silat sendeng adalah kepada generasi muda negeri ini kerana pelbagai manfaatnya untuk pertahanan diri, kesihatan serta membina sahsiah dan peribadi mulia.“Seni silat sendeng adalah kepunyaan rasmi orang Melayu Johor kerana diasas dan dilahirkan di negeri ini kira-kira 54 tahun lalu oleh anak jati Johor di Bukit Kangkar, dekat Sungai Mati yang terletak di daerah Ledang iaitu di kawasan saya sendiri.“Oleh itu, adalah wajar kerajaan negeri mengangkat perguruan seni silat itu sebagai silat rasmi negeri Johor kerana silat itu dewasa dan mantap daripada segi sejarah, kurikulum pembelajaran, undang-undang pertubuhan serta garis panduan persilatan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Silat Sendeng yang menghimpun seramai 1,000 pesilat berusia semuda lima tahun hingga 80 tahun dari seluruh negeri ini di Dataran Ledang kelmarin.Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Md. Ariff dan Pengarah YWJ, Jama Johan.Menteri Besar berharap seni silat sendeng akan dapat diangkat seperti tarian zapin yang begitu sinonim dengan identiti dan jati diri negeri Johor.Beliau berkata, penubuhan Unit Pengembangan Seni Silat Sendeng oleh YWJ akan membantu merealisasikan matlamat itu di semua mukim di negeri ini agar memiliki kumpulan seni silat sendeng dalam tempoh tiga tahun ini.“Semua Pegawai Daerah, Pengarah Pelajaran Johor dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan akan dianugerahkan sebagai ahli kehormat pertubuhan seni silat sendeng Johor, manakala jurulatih sepenuh masa dan sambilan akan ditugaskan di setiap mukim.“Selain itu, satu festival seni silat sendeng akan dianjurkan dalam tempoh dua tahun seperti festival zapin dan ghazal yang sering diadakan,” katanya.Pada majlis itu, Abdul Ghani turut melancarkan buku bertajuk ‘Seni Silat Sendeng Sejarah dan Kurikulum Pembelajaran’ yang ditulis Pegawai Sejarah YWJ, Kamdi Kamil.Sumber: Utusan Malaysia, 14 Julai 2009