Kenangan Anak2 Sendeng

Sabtu, 8 Januari 2011

Perhimpunan Gerak Wajadiri Johor Daerah Ledang

Assalamualaikum...
Pada 8hb Januari 2011, telah diadakan satu Perhimpunan Gerak Wajadiri Johor Peringkat Daerah Ledang di Dataran Ledang, Tangkak, Johor...Program tersebut adalah anjuran Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Johor Daerah Ledang...Pesilat2 Sendeng Ledang turut menyertai perhimpunan tersebut...Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...Terima kasih kepada semua Pesilat2 Sendeng Ledang terutama dari Gelanggang Bukit Kangkar, SMK Tengku Mahmud Iskandar, SMA Lughatul Quran dan Tangkak kerana telah memberi kerjasama yg sebaiknya...Semoga kite berjumpa lagi dalam p
erhimpunan yg akan datang...insyaallah...



Program Lawatan Dan Riadah 2010 - Pulau Langkawi

Assalamualaikum...
untuk makluman semua pada 26hb Disember 2010 hingga 29hb Disember 2010, Gelanggang Sendeng Bukit Kangkar telah menganjurkan Program Lawatan Dan Riadah 2010 seperti tahun2 yg sebelumnya...Tahun ini, Pihak Pengurusan gelanggang telah memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi Lawatan. Seramai 35 orang pesilat bukit kangkar telah terpilih untuk mengikuti Program ini secara percuma...







Sabtu, 4 September 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2010

Assalamualaikum...
Untuk makluman semua warga sendeng, Gelanggang Sendeng Bukit Kangkar akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010. Sehubungan dengan itu, Pihak Gelanggang dengan segala hormatnya menjemput warga sendeng yang mempunyai kelapangan waktu untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 18hb September 2010 ( 9 Syawal 1431H)
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 Malam hingga 11.00 Malam
Tempat : Gelanggang Sendeng Bukti Kangkar
No 12, Jln Waja 1, Tmn Kangkar Jaya, Bukit Kangkar, Ledang

Diharap dengan kehadiran tuan / puan dapat memeriahkan lagi majlis tersebut disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita....

SALAM LEBARAN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam Lebaran...
Ampun Dan Maaf Andainya...
TERkasar Bahasa,
TERsilap Bicara,
TERmarah Yang Tak Kena,
TERtanya Tak Tentu Hala,
TERsasul Yang Tak Sengaja,
TERpukul Kat Mana-Mana,
TERpekik Di Telinga,
TERpinjam Harta Benda,
TERmoody Tak Semena-Mena,
TERumpat Bila-Bila,
TERmacam - Macam Lagi Yang Kena Mengena...
Semoga Dimaafkan...

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN....

Sabtu, 7 Ogos 2010

MARHABAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum....
Pihak Gelanggang Sendeng Bukit Kangkar mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak....Semoga Ramadhan tahun ini dapatlah kita memperbanyakkan amalan kita kepada Allah S.W.T...Belum tentu lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang kerana ajal & maut ditentukan-Nya....

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"

Ahad, 25 Julai 2010

MAJLIS KHATAM ASAS N PERTENGAHAN GELANGGANG SMALQ

Assalamualaikum...
dimaklumkan bahawa Gelanggang Sendeng Sek Men Agama Lughatul Quran akan mengadakan Majlis Khatam Asas & Pertengahan akan diadakan pada tarikh dan ketetapan berikut :

Gelanggang Sendeng Sek Men Agama Lughatul Quran, Kesang Tasek, Ledang
Tarikh : 30hb Julai 2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Dewan Sek Men Agama Lughatul Quran, Kesang Tasek, Ledang

Sehubungan dengan itu, dijemput semua ahli-ahli sendeng yg kelapangan masa untuk sama-sama hadir memberi sokongan kepada pesilat2 muda...
Diharap dengan kehadiran pesilat2 sendeng dari Negeri Johor dapat memeriahkan lagi Majlis tersebut....

sekian untuk makluman semua....

"SENDENG - PUSAKA WARISAN BANGSA & NEGARA"

Rabu, 30 Jun 2010

MAJLIS KHATAM ASAS & PERTENGAHAN SENI SILAT SENDENG

Assalamualaikum....

Untuk makluman ahli-ahli sendeng, satu Majlis Khatam Asas & Khatam Pertengahan akan dianjurkan oleh Gelanggang Sendeng Bukit Kangkar. Majlis tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 18hb Julai 2010
Hari : Ahad
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Di Kediaman Allahyarham Hj Abd Hamid Bin Hj Hamzah
(Pengasas Silat Sendeng)
(Batu 8, Jalan Bukit Kangkar - Sg Mati, Bukit Kangkar, Ledang)

Dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi Majlis tersebut sebagai tanda sokongan kepada Pertubuhan Seni Silat Sendeng Johor.

Sekian Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan....