Kenangan Anak2 Sendeng

Selasa, 18 Ogos 2009

Demonstrasi Silat "ARENA PENDEKAR" di UKM Bangi

Assalamualaikum....

Untuk makluman semua, pada 15 Ogos 2009 (Sabtu), Pertubuhan Seni Silat Sendeng Johor Gelanggang Bukit Kangkar telah diundang untuk sama2 menjayakan Program Demonstrasi Silat "ARENA PENDEKAR" yang telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi sempena Majlis Konvokesyen UKM kali ke 37...Terdapat juga beberapa perguruan seni bela diri yang terlibat seperti Silat Gayung, Silat Cekak Hanafi, Silambam. Program itu juga telah mendapat liputan secara langsung dari RTM di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia. Seramai 20 orang pesilat sendeng dari Gelanggang Bukit Kangkar telah dihantar untuk menyertai dan membuat persembahan di program tersebut. Diantara persembahan-persembahan yang ditunjukkan oleh pesilat-pesilat Sendeng Bukir Kangkar adalah lela sembah, pelebat, pecah, permainan senjata, tempur tangan kosong dan buang pukul.
Tahniah dan Syabas serta jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pesilat-pesilat Sendeng Bukit Kangkar kerana telah melakukan yang terbaik untuk dipersembahkan kepada orang ramai. Jutaan terima kasih juga kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia kerana sudi menjemput Silat Sendeng untuk bersama-sama menjayakan program tersebut.

kalau ada sumur di ladang,
bolehlah hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
bolehlah kita berjumpa lagi.

"SENDENG - PUSAKA WARISAN BANGSA DAN NEGARA"

Tiada ulasan: