Kenangan Anak2 Sendeng

Ahad, 27 Disember 2009

Program Lawatan Dan Riadah 2009


Assalamualaikum....
Pada tahun 2009 ini, pihak pengurusan gelanggang sendeng Bukit Kangkar telah menganjurkan Program Lawatan Dan Riadah kepada semua ahli - ahlinya. Tahun ini merupakan tahun yang ke 6 pihak pengurusan gelanggang menganjurkan program seumpama ini dan tahun ini yang istimewa kerana pihak pengurusan menganjurkan 2 Program Lawatan Dan Riadah untuk ahli - ahlinya. Program Lawatan Dan Riadah ini dianjurkan adalah bertujuan untuk menghargai segala sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli sepanjang tahun 2009. Selain itu juga, Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama ahli dan menarik minat lebih ramai lagi ahli - ahli baru. Berikut merupakan lokasi - lokasi Program yang telah dianjurkan :

1. 2004 - Pantai Pengkalan Balak, Melaka
2. 2005 - Pulau Pangkor, Perak
3. 2006 - Gunung Lambak, Kluang Johor
4. 2007 - Port Dickson, Melaka & Putrajaya
5. 2008 - Negeri Melaka
6. 2009 - Melaka & Pulau Pangkor, Perak
7. 2010 - ?????? (dlm perancangan)

Diharap dengan adanya Program Riadah seperti ini, semua ahli - ahli akan lebih bersemangat untuk sama - sama menjayakan segala Program yang akan dirancang untuk tahun 2010..!!!

Sebahagian dari gambar - gambar yang telah diambil sepanjang Program Lawatan Dan Riadah bagi Tahun 2009....Kalo nk tengok gambar - gambar yang len boleh tgk kat MySpace (insan_hina)







sekian, Terima Kasih.....
Semoga Berjumpa Lagi Tahun Hadapan....












Selasa, 24 November 2009

Salam Aidiladha....

Assalamualaikum....ALLAHHUAKBAR 3X

Bila unta dah x selera makan,
Kambing mula resah,
Lembu pura2 buat gila,
Ayam je nampak cool,
Itu tandanya Raya Korban dah dekat....

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha...

Ikhlas Dari,
insan_hina

Khamis, 22 Oktober 2009

Semoga Berjaya utk PMR 09 & SPM 09...!!!!

Assalamualaikum......

Pertubuhan Seni Silat Sendeng Johor Gelanggang Bukit Kangkar ingin mengucapkan Semoga Berjaya kepada semua anak2 sendeng di seluruh negara khususnya anak2 sendeng Bukit Kangkar dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2009. Kami sentiasa mendoakan kejayaan semua anak2 sendeng dalam Peperiksaan yg diambil. Semoga anak2 sendeng yg bakal menghadapi Peperiksaan tersebut dapat melakukan yg terbaik utk diri dan keluarga masing2. Besarlah harapan kami utk melihat anak2 sendeng semua berjaya dalam peperiksaan tersebut.
















ikhlas dari :
insan_hina

Selasa, 25 Ogos 2009

Salam Ramadhan 1430H/2009

Selamat Meyambut Ramadhan Al-Mubarak!

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.

Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.

Ikhlas Dari
"insan_hina"

Selasa, 18 Ogos 2009

Demonstrasi Silat "ARENA PENDEKAR" di UKM Bangi

Assalamualaikum....

Untuk makluman semua, pada 15 Ogos 2009 (Sabtu), Pertubuhan Seni Silat Sendeng Johor Gelanggang Bukit Kangkar telah diundang untuk sama2 menjayakan Program Demonstrasi Silat "ARENA PENDEKAR" yang telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi sempena Majlis Konvokesyen UKM kali ke 37...Terdapat juga beberapa perguruan seni bela diri yang terlibat seperti Silat Gayung, Silat Cekak Hanafi, Silambam. Program itu juga telah mendapat liputan secara langsung dari RTM di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia. Seramai 20 orang pesilat sendeng dari Gelanggang Bukit Kangkar telah dihantar untuk menyertai dan membuat persembahan di program tersebut. Diantara persembahan-persembahan yang ditunjukkan oleh pesilat-pesilat Sendeng Bukir Kangkar adalah lela sembah, pelebat, pecah, permainan senjata, tempur tangan kosong dan buang pukul.
Tahniah dan Syabas serta jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pesilat-pesilat Sendeng Bukit Kangkar kerana telah melakukan yang terbaik untuk dipersembahkan kepada orang ramai. Jutaan terima kasih juga kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia kerana sudi menjemput Silat Sendeng untuk bersama-sama menjayakan program tersebut.

kalau ada sumur di ladang,
bolehlah hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
bolehlah kita berjumpa lagi.

"SENDENG - PUSAKA WARISAN BANGSA DAN NEGARA"

Sabtu, 8 Ogos 2009

Video Aksi Pesilat Bukit Kangkar

Mohd Syah & Mohd Faizal

Syafiq Syahmi & Mohd Azizi

Mohd Hafizul & Mohd Fazly (chot)

Hisyamuddin & Mohd Amiruddin

Rasul Aswad & Mohd Amir

Mohd Hazwan & Mohd Hafizul

Mohd Harith & Mohd Syah

Jumaat, 31 Julai 2009

Gelanggang Bukit Kangkar

MUAR: Usaha memartabatkan silat, sebagai seni warisan bangsa terutama di kalangan generasi muda mesti dilakukan secara berterusan supaya budaya bangsa itu tidak pupus ditelan zaman. Langkah menubuhkan pasukan seni silat juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menghidupkan kembali kesenian dan kebudayaan rakyat zaman silam yang semakin dilupakan generasi masa kini. Justeru, penyertaan dalam pasukan seni silat tidak boleh dilihat bertujuan menunjukkan kekuatan atau berlagak hero jika terbabit dalam pergaduhan, sebaliknya untuk memartabatkan kembali seni warisan bangsa itu. Kampung Bukit Kangkar di sini, iaitu kampung kelahiran pengasas Seni Silat Sendeng Malaysia, Allahyarham Abdul Hamid Hamzah, kini menggiatkan usaha mengetengahkan seni warisan bangsa itu di kalangan penduduk setempat. Penolong jurulatih pasukan Seni Silat Sendeng, Bukit Kangkar, Sungai Mati, di sini, Rozaidi Othman, 22, berkata remaja yang berbakat dalam bidang kesenian dan kebudayaan seharusnya digalakkan menyertai pasukan seni dan budaya yang ditubuhkan dalam kawasan masing-masing, termasuk pasukan seni silat. Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat tidak tersalah anggap apabila ramai remaja sekitar kawasan perkampungan dan pekan di daerah ini yang menyertai pasukan seni silat di kawasan berkenaan. Katanya, pasukan Seni Silat Sendeng Bukit Kangkar, ditubuhkan empat tahun lalu dengan disertai 50 remaja lelaki dan perempuan berusia lapan tahun hingga 16 tahun. "Persatuan itu ditubuhkan bertujuan mengembangkan serta memperkasakan kesenian silat yang menjadi warisan bangsa Melayu zaman berzaman itu, supaya tidak pupus di telan zaman. "Penubuhannya dapat menanam semangat remaja supaya cinta dan tidak memperlekehkan kesenian Melayu, sekali gus mengangkat martabat bangsa dalam bidang seni silat di persada antarabangsa," katanya.. Rozaidi berkata, sejak ditubuhkan, pasukan itu sering menerima undangan untuk mengambil bahagian dalam acara persembahan, termasuk majlis sempena sambutan hari kebesaran seperti Hari Kemerdekaan di peringkat daerah. Katanya, pasukan itu yang menjalani latihan setiap Sabtu dan Ahad malam di gelanggang silat Kampung Bukit Kangkar, sejak kebelakangan ini menerima banyak undangan bagi menyerikan majlis perkahwinan, bukan saja di daerah ini dan Ledang serta sekitar Johor Bahru, malah hingga ke Selangor dan Melaka. Beliau berkata, kesenian silat sendeng terbahagi kepada beberapa jenis jurus silat, termasuk seni mempertahankan diri, silat sembah kepada pembesar, silat peradaban pengantin dan seni silat tarian. Katanya, ada antara anggotanya yang cekap bermain senjata dibenarkan menggunakan keris ketika mempersembahkan seni silat mempertahankan diri dengan iringan paluan gong dan gendang. Seorang peserta, Mohd Faizal Roslan, 19, berkata penyertaannya dalam pasukan Seni Silat Sendeng bukan bertujuan untuk bermegah dengan rakan lain, sebaliknya mahu terbabit dalam usaha meningkatkan martabat kesenian itu. "Ini kerana seni Silat Sendeng mempunyai beberapa jurus yang sesuai di pelajari remaja, terutama kesenian peradaban dan kesopanan ketika mempersembahkan silat. "Melalui kesenian ini, remaja dapat membentuk jati diri dan meningkatkan mutu disiplin terutama ketika menjayakan persembahan," katanya. Norfarahanis Saharia Ahmad Saleh, 13, berkata, penyertaannya dalam pasukan seni silat tidak mengganggu pelajaran sekolahnya kerana masa berlatih adalah pada malam hujung minggu dan beliau hanya menyertai persembahan pada musim cuti persekolahan. Rakannya, Norameera Nadjwa Mohd Razali, 13, berkata kesenian silat sendeng yang dipelajarinya boleh dijadikan sebagai `senjata' untuk mempertahankan diri terutama jika membabitkan kes ragut yang sering berlaku kepada wanita. ~Berita Harian