Salam...
Pada 15/02/2010, satu perlawanan persahabatan bola sepak diantara Sendeng Bukit Kangkar VS Alienarts Bukit Kangkar telah diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Kangkar. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh Pasukan Sendeng Bukit Kangkar dengan jaringan 2-0...Diharap pasukan Alienarts tidak akan berputus asa dan akan mencuba lagi tahun hadapan...insyaallah....hehehe...Pihak Gelanggang Sendeng Bukit Kangkar mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian pasukan Alienarts untuk membuat perlawanan persahabatan ini...dapatlah kita mengeratkan lagi hubungan sesama anak-anak muda di bukit kangkar...diharap lebih banyak program bersama dapat dianjurkan lagi dimasa hadapan demi semangat kesukanan kg bukit kangkar...Akhir kalam, semoga team alienarts akan terus maju dan dijadikan contoh terbaik utk anak-anak muda di bukit kangkar...
ape-ape pun, Bukit Kangkar is The Best..!!!
Rabu, 3 Mac 2010
Ahad, 27 Disember 2009
Program Lawatan Dan Riadah 2009
Assalamualaikum....
Pada tahun 2009 ini, pihak pengurusan gelanggang sendeng Bukit Kangkar telah menganjurkan Program Lawatan Dan Riadah kepada semua ahli - ahlinya. Tahun ini merupakan tahun yang ke 6 pihak pengurusan gelanggang menganjurkan program seumpama ini dan tahun ini yang istimewa kerana pihak pengurusan menganjurkan 2 Program Lawatan Dan Riadah untuk ahli - ahlinya. Program Lawatan Dan Riadah ini dianjurkan adalah bertujuan untuk menghargai segala sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli sepanjang tahun 2009. Selain itu juga, Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama ahli dan menarik minat lebih ramai lagi ahli - ahli baru. Berikut merupakan lokasi - lokasi Program yang telah dianjurkan :
1. 2004 - Pantai Pengkalan Balak, Melaka
2. 2005 - Pulau Pangkor, Perak
3. 2006 - Gunung Lambak, Kluang Johor
4. 2007 - Port Dickson, Melaka & Putrajaya
5. 2008 - Negeri Melaka
6. 2009 - Melaka & Pulau Pangkor, Perak
7. 2010 - ?????? (dlm perancangan)
7. 2010 - ?????? (dlm perancangan)
Diharap dengan adanya Program Riadah seperti ini, semua ahli - ahli akan lebih bersemangat untuk sama - sama menjayakan segala Program yang akan dirancang untuk tahun 2010..!!!
Sebahagian dari gambar - gambar yang telah diambil sepanjang Program Lawatan Dan Riadah bagi Tahun 2009....Kalo nk tengok gambar - gambar yang len boleh tgk kat MySpace (insan_hina)

sekian, Terima Kasih.....
Semoga Berjumpa Lagi Tahun Hadapan....
Selasa, 24 November 2009
Salam Aidiladha....
Assalamualaikum....ALLAHHUAKBAR 3X
Bila unta dah x selera makan,
Kambing mula resah,
Lembu pura2 buat gila,
Ayam je nampak cool,
Itu tandanya Raya Korban dah dekat....
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha...
Ikhlas Dari,
insan_hina

Khamis, 22 Oktober 2009
Semoga Berjaya utk PMR 09 & SPM 09...!!!!
Assalamualaikum......
Pertubuhan Seni Silat Sendeng Johor Gelanggang Bukit Kangkar ingin mengucapkan Semoga Berjaya kepada semua anak2 sendeng di seluruh negara khususnya anak2 sendeng Bukit Kangkar dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2009. Kami sentiasa mendoakan kejayaan semua anak2 sendeng dalam Peperiksaan yg diambil. Semoga anak2 sendeng yg bakal menghadapi Peperiksaan tersebut dapat melakukan yg terbaik utk diri dan keluarga masing2. Besarlah harapan kami utk melihat anak2 sendeng semua berjaya dalam peperiksaan tersebut.

ikhlas dari :

Selasa, 25 Ogos 2009
Salam Ramadhan 1430H/2009
Selamat Meyambut Ramadhan Al-Mubarak!
Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.
Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.
Ikhlas Dari
"insan_hina"

Selasa, 18 Ogos 2009
Demonstrasi Silat "ARENA PENDEKAR" di UKM Bangi
Assalamualaikum....
Untuk makluman semua, pada 15 Ogos 2009 (Sabtu), Pertubuhan Seni Silat Sendeng Johor Gelanggang Bukit Kangkar telah diundang untuk sama2 menjayakan Program Demonstrasi Silat "ARENA PENDEKAR" yang telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi sempena Majlis Konvokesyen UKM kali ke 37...Terdapat juga beberapa perguruan seni bela diri yang terlibat seperti Silat Gayung, Silat Cekak Hanafi, Silambam. Program itu juga telah mendapat liputan secara langsung dari RTM di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia. Seramai 20 orang pesilat sendeng dari Gelanggang Bukit Kangkar telah dihantar untuk menyertai dan membuat persembahan di program tersebut. Diantara persembahan-persembahan yang ditunjukkan oleh pesilat-pesilat Sendeng Bukir Kangkar adalah lela sembah, pelebat, pecah, permainan senjata, tempur tangan kosong dan buang pukul.
Tahniah dan Syabas serta jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pesilat-pesilat Sendeng Bukit Kangkar kerana telah melakukan yang terbaik untuk dipersembahkan kepada orang ramai. Jutaan terima kasih juga kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia kerana sudi menjemput Silat Sendeng untuk bersama-sama menjayakan program tersebut.
kalau ada sumur di ladang,
bolehlah hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
bolehlah kita berjumpa lagi.
"SENDENG - PUSAKA WARISAN BANGSA DAN NEGARA"

Sabtu, 8 Ogos 2009
Video Aksi Pesilat Bukit Kangkar
Mohd Syah & Mohd Faizal
Syafiq Syahmi & Mohd Azizi
Mohd Hafizul & Mohd Fazly (chot)
Hisyamuddin & Mohd Amiruddin
Rasul Aswad & Mohd Amir
Mohd Hazwan & Mohd Hafizul
Mohd Harith & Mohd Syah
Langgan:
Catatan (Atom)