Kenangan Anak2 Sendeng

Selasa, 25 Ogos 2009

Salam Ramadhan 1430H/2009

Selamat Meyambut Ramadhan Al-Mubarak!

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.

Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.

Ikhlas Dari
"insan_hina"

Selasa, 18 Ogos 2009

Demonstrasi Silat "ARENA PENDEKAR" di UKM Bangi

Assalamualaikum....

Untuk makluman semua, pada 15 Ogos 2009 (Sabtu), Pertubuhan Seni Silat Sendeng Johor Gelanggang Bukit Kangkar telah diundang untuk sama2 menjayakan Program Demonstrasi Silat "ARENA PENDEKAR" yang telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi sempena Majlis Konvokesyen UKM kali ke 37...Terdapat juga beberapa perguruan seni bela diri yang terlibat seperti Silat Gayung, Silat Cekak Hanafi, Silambam. Program itu juga telah mendapat liputan secara langsung dari RTM di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia. Seramai 20 orang pesilat sendeng dari Gelanggang Bukit Kangkar telah dihantar untuk menyertai dan membuat persembahan di program tersebut. Diantara persembahan-persembahan yang ditunjukkan oleh pesilat-pesilat Sendeng Bukir Kangkar adalah lela sembah, pelebat, pecah, permainan senjata, tempur tangan kosong dan buang pukul.
Tahniah dan Syabas serta jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pesilat-pesilat Sendeng Bukit Kangkar kerana telah melakukan yang terbaik untuk dipersembahkan kepada orang ramai. Jutaan terima kasih juga kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia kerana sudi menjemput Silat Sendeng untuk bersama-sama menjayakan program tersebut.

kalau ada sumur di ladang,
bolehlah hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
bolehlah kita berjumpa lagi.

"SENDENG - PUSAKA WARISAN BANGSA DAN NEGARA"

Sabtu, 8 Ogos 2009

Video Aksi Pesilat Bukit Kangkar

Mohd Syah & Mohd Faizal

Syafiq Syahmi & Mohd Azizi

Mohd Hafizul & Mohd Fazly (chot)

Hisyamuddin & Mohd Amiruddin

Rasul Aswad & Mohd Amir

Mohd Hazwan & Mohd Hafizul

Mohd Harith & Mohd Syah